Penerangan
27 Mei 2023, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur (JASWPKL) telah menyertai Program Gotong Royong Jom Bersih Bukit Bintang 19 “We Care”
dengan memfokuskan kepada Kempen Larangan Melakukan Pembakaran Terbuka.
Program ini telah dihadiri oleh 1,000 orang peserta dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Azmi
bin Abdul Hamid Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL dan turut dihadiri oleh
Puan Zuraini Ahmad Tajudin, Pengarah JASWPKL.
Program Ini bermatlamat untuk menzahirkan pembangunan lestari dan mewujudkan persekitaran
yang kondusif dan selamat serta melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni serta peduli terhadap
isu-isu alam sekitar.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh JASWPKL semasa program ini ialah sesi pameran kesedaran
sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, ceramah kempen mengenai larangan melakukan pembakaran
terbuka dan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar.