Penerangan
KUALA TERENGGANU, 26 JUN 2023- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah merasmikan Program Komuniti Tanah Gambut sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini.
Program yang berlangsung di dua lokasi iaitu di tapak telaga tiub, Kampung Paya Rawa Besut dan di Dewan Sri Gemilang, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut ,Terengganu ini telah disertai seramai 350 orang peserta terdiri daripada guru-guru, pelajar-pelajar MRSM dan komuniti setempat serta pelbagai Jabatan/Agensi.
Di antara aktiviti yang dilaksanakan sempena sambutan ini adalah taklimat dan demonstrasi pengepaman air telaga tiub kepada komuniti setempat, pameran jabatan/ agensi, ceramah jabatan/ agensi, ujian pelepasan bunyi bising motosikal dan pelepasan gas daripada kenderaan petrol, kempen pengumpulan ewaste dan minyak masak terpakai dan aktiviti penanaman pokok.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terdiri Pengetua dan seluruh warga dan pelajar MRSM, Pejabat Daerah dan Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Jabatan Mineral Dan Geosains Terengganu, Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu, Jabatan Perhutanan Terengganu, Jabatan Pertanian Terengganu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Terengganu dan Pejabat Meterologi Negeri Terengganu dalam menyokong dan memberi kerjasama kepada usaha-usaha kerajaan melestarikan alam sekitar di Negeri Terengganu ini.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama