PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PENGARAH JAS TERENGGANU MERASMIKAN PROGRAM INFRA GAMBUT BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023

DOE Terengganu 02/07/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGARAH JAS TERENGGANU MERASMIKAN PROGRAM INFRA GAMBUT BERSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2023
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
02/07/2023
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 26 JUN 2023- Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah merasmikan Program Infra Gambut Bersama Komuniti sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia hari ini. Program yang berlangsung di dua lokasi iaitu di tapak telaga tiub, Kampung Paya Rawa Besut dan di Dewan Sri Gemilang, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut ,Terengganu ini telah diserta seramai 350 orang peserta terdiri daripada Pengetua MRSM, guru-guru dan  pelajar-pelajar MRSM dan  Komuniti Kampung Paya Rawa, , Selain itu pegawai dari Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Jabatan Mineral Dan Geosains Terengganu, Jabatan Pengairan Dan Saliran Terengganu, Jabatan Perhutanan Terengganu, Jabatan Pertanian Terengganu dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Terengganu. Syarikat KT Wan Recycle dan Syarikat Sally Global Enterprise juga turut serta bagi menjalankan kempen pengumpulan dan pembelian bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dan pembelian minyak masak terpakai dalam usaha menyokong usaha-usaha kerajaan ke arah melaksanakan program 4R iaitu guna semua (reuse), kitar semula (recycle), reduce dan recreate. Ianya juga sebagai usaha membantu masyarakat menguruskan bahan buangan ini secara betul dan selamat. JAS Terengganu sebagai urusetia  mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyokong dan memberi kerjasama bagi usaha-usaha kerajaan melestarikan alam sekitar di Negeri Terengganu ini. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama