Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Seminar Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 & Penyerahan Lesen PYDT Buangan Terjadual 2023/2024 Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Sarawak
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 30/06/2023
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
Seminar Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 & Penyerahan Lesen PYDT Buangan Terjadual 2023/2024 Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2023 Peringkat Negeri Sarawak
18 Mei 2023, Kuching - Seminar Pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 & Penyerahan Lesen PYDT Buangan Terjadual 2023/2024 Sempena Hari Alam Sekitar Tahun 2023 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Hotel Imperial Kuching.
Seminar telah dirasmikan oleh En. John Anak Rampai, Pengarah JAS Negeri Sarawak dan telah dihadiri lebih 300 peserta.
Seminar ini merupakan satu inisiatif Jabatan dan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pihak industri terhadap kefahaman dan kehendak kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana ia menjurus kepada pematuhan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Selain itu, program ini juga turut diserikan dengan aktiviti pameran, di mana ia telah disertai oleh pelbagai syarikat.
Seminar tersebut merupakan anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak bersama Kelab Kebajikan Sukan dan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (KESSAR).
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #jassarawak