PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sekolah Lestari

MAJLIS PERASMIAN KELAS TANPA TONG SAMPAH PERINGKAT SEKOLAH

DOE Perak 31/05/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN KELAS TANPA TONG SAMPAH PERINGKAT SEKOLAH
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

  13 MEI 2023, ENGGOR – Majlis Perasmian Kelas Tanpa Tong Sampah Peringkat Sekolah telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Setia Jaya pada 08 Mei 2023 lalu telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Ridzuan bin Mohd Alias, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak yang mewakili Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj Mohammad Ezanni bin Mat Salleh. Hadir sama Encik Rosmadi bin Ismail, Pen. PPD, Unit HEM, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar. Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuklah Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-waste) Peringkat Sekolah. Encik Muhammad Ridzuan bin Mohd Alias juga dibawa meninjau sekitar kawasan sekolah oleh Guru Besar, Puan Siti Safura binti Abu Bakar bagi menunjukkan unsur-unsur kelestarian alam sekitar yang diterapkan pada sekolah berkenaan juga sebagai elemen persediaan untuk Pertandingan Sekolah Lestari 2023/2024. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak sentiasa menyokong usaha-usaha pihak sekolah di negeri ini, bagi menyalurkan maklumat berkenaan kepentingan penjagaaan dan pemuliharaan alam sekitar di kalangan murid-murid sekolah.