PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SEMINAR PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA & PENYERAHAN LESEN PYDT BUANGAN TERJADUAL 2023/2024 SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 31/05/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA & PENYERAHAN LESEN PYDT BUANGAN TERJADUAL 2023/2024 SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
31/05/2023
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

22 MEI 2023, IPOH - Seminar Pencegahan Pembakaran Terbuka & Penyerahan Lesen PYDT Buangan Terjadual 2023/2024 telah diadakan dengan jayanya pada 18 Mei 2023 yang lalu di Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gopeng, Perak. Seminar telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr Hj Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dan telah dihadiri lebih 50 orang peserta. Program seminar ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2023 yang bertemakan 'Beat Plastic Pollution’. Justeru, bagi merealisasikan usaha menjaga alam sekitar secara mampan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah mengambil inisiatif melalui penganjuran seminar ini sebagai salah satu pendekatan kepada pihak industri dan agensi tempatan di negeri ini untuk memahami dengan lebih jelas Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 khususnya yang berkaitan dengan aktiviti pembakaran terbuka.