Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PAMERAN JAS TERENGGANU DAN PENDAFTARAN AHLI RAS PADA SAMBUTAN “HSE”  ANJURAN PETRONAS CHEMICALS AMMONIA SDN. BHD./PETRONASCHEMICAL LDPE SDN. BHD. sempena hari alam sekitar sedunia 2023

Oleh za · 30/05/2023 · 0 paparan

KUALA TERENGGANU, 22 MEI 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah dijemput menyertai pameran pada  Sambutan Minggu Keselamatan, Kesihatan, Alam Sekitar dan Kualiti , anjuran Petronas Chemicals Ammonia Sdn. Bhd./Petronas Chemical LDPE Sdn. Bhd. yang berlangsung di Kompleks Industri Petroliam Kertih (KIPC). Program ini juga dianjurkan bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2023 dengan tema “Beat Plastic Pollution” yang merupakan acara tahunan bagi memupuk kesedaran kakitangan serta kontraktor lebih menjurus kepada elemen-elemen keselamatan, kesihatan, alam sekitar serta kualiti selaras dengan hasrat pihak penganjur kearah pembangunan mampan mendapat sambutan dari seluruh warga Petronas dan juga . Selain pameran, JAS Terengganu juga turut mengambil peluang menyediakan kemudahan pendaftaran ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) secara atas talian kepada pengunjung. Program Rakan Alam Sekitar (RAS) ini merupakan inisiatif JAS dalam membangunkan kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan tertinggi penganjur/PETRONAS diatas komitmen yang berterusan dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini. <a href="https://www.facebook.com/hashtag/kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jabatanalamsekitar?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#jabatanalamsekitar</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jasterengganu?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#jasterengganu</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/alamsekitartanggungjawabbersama?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#alamsekitartanggungjawabbersama</a>

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (4)
  • 20231511172800787.jpg .jpg Buka
  • 20231511172800895.jpg .jpg Buka
  • 20231511172801041.jpg .jpg Buka
  • 20231511172801172.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS