Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

PELANCARAN PROGRAM KEMPEN PENGUMPULAN E-WASTE DARI ISI RUMAH DI DAERAH HULU TERENGGANU MENDAPAT SAMBUTAN

Oleh za · 30/05/2023 · 0 paparan

DARI ISI RUMAH DI DAERAH HULU TERENGGANU MENDAPAT SAMBUTAN KUALA TERENGGANU, 27 MEI 2023- Pengarah JAS Terengganu, Encik Ramli bin Abd Rahman telah memenuhi jemputan ke Pelancaran Program Kempen Pengumpulan E-Waste Anjuran Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Jabatan Alam sekitar Negeri Terengganu, Syarikat KT Wan Recycle dan Syarikat Sally Global Enterprise. Pelancaran program ini telah berlangsung di Tapak Pasar, Kuala Berang. Progarm yang bermula  jam 9;00 pagi hingga 12:00 tengahari ini yang menyediakan aktiviti pengumpulan e-waste dan pembelian e-waste secara tunai dari penyumbang-penyumbang yang hadir pada hari tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat di daerah ini. Selain itu, aktiviti kitar semula minyak masak terpakai turut mendapat sambutan dimana pihak Syarikat  Sally Global membayar secara tunai kepada penyumbang minyak masak tersebut dengan harga 2.00 sekilogram. Pengarah JAS Terengganu memaklumkan semasa sesi temubual bersama wartawan TV-Al Hijrah setakat ini sebanyak  20 program pengumpulan sudah diadakan dalam lima bulan pertama tahun ini di seluruh negeri dengan kejayaan sebanyak 29 tan E-Waste dapat dikumpulkan. Tambah beliau lagi, statistik jumlah hasil pengumpulan e-waste daripada kempen dan program pengumpulan yang bermula sejak tahun 2020 dengan kerjasama pelbagai pihak di negeri ini telah menghasilkan kutipan sebanyak 14.3 tan pada tahun 2020, 20 tan pada tahun 2021 dan 34.5 tan pada tahun 2022. "Sambutan yang berterusan daripada orang ramai setiap kali program ini dianjurkan memberi masej bahawa program ini telah meningkatkan kesedaran orang ramai atas kepentingan pengurusan E-Waste ini. "Kita harap komuniti sekitar akan terus memberi sokongan kepada program pengumpulan E-Waste pada masa akan datang supaya pengurusan E-Waste dapat dikendalikan dengan betul," katanya. <a href="https://www.facebook.com/hashtag/kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jabatanalamsekitar?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#jabatanalamsekitar</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jasterengganu?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#jasterengganu</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/alamsekitartanggungjawabbersama?__eep__=6&amp;__cft__%5b0%5d=AZXlO7_YqZCUzlWr1PPQ-ZGdAToyF9qhGuqhr7wwy4ncntKiW_Czs5hiuCsSOe_gHN_h42ZATQODnpUuJGN7UlZnkBJl6fcVZBLxbSRc9xGMU4qKlblklpI4NvaioM9ICsw&amp;__tn__=*NK-R">#alamsekitartanggungjawabbersama</a> &nbsp; &nbsp; &nbsp; &nbsp; &nbsp;

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (4)
  • 20231511172800447.jpg .jpg Buka
  • 20231511172800512.jpg .jpg Buka
  • 20231511172800564.jpg .jpg Buka
  • 20231511172800669.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS