Oleh za · 30/05/2023 · 0 paparan
KUALA TERENGGANU, 21 MEI 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu, Majlis Daerah Hutu Terengganu (MDHT) dan Syarikat KT Wan Recycle telah mengadakan program pengumpulan E-Waste secara kerjasama di Pasar Tani Kuala Berang pada Sabtu lalu, 28 Januari 2023. Program Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia ini juga merupakan komitmen berterusan Pihak Berkuasa Tempatan, JAS Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle ini dalam melaksanakan program pengumpulan e-waste daripada isi rumah adalah untuk membantu masyarakat menguruskan e-waste yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi ini secara betul dan selamat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Sejumlah 1,154 kg (1.145 tan) e-waste telah berjaya dikumpulkan. Maklumbalas daripada orang ramai yang hadir pada hari ini sangat positif dan masing-masing menyatakan agar program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. Selain itu juga, orang awam yang hadir pada program ini berterima kasih atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh tiga agensi ini dalam memastikan pengurusan bahan buangan e-waste ini dapat dilupuskan ditempat yang betul demi mengekalkan kelestarian alam sekitar di negeri ini. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup