Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

Oleh nursyadah · 31/05/2023 · 0 paparan

28 Mei 2023, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah mengadakan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 di Perbadananan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dengan kerjasama Summit 2 Private School, Hospital Columbia Asia dan Cenviro Sdn Bhd. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi Dan Kepenggunaan. Seramai lebih kurang 250 orang peserta dan pengunjung dari seluruh Negeri Sembilan hadir ke program ini. Majlis ini diadakan merupakan salah satu inisiatif bagi menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan bumi dalam kalangan komuniti. Isu yang diketengahkan bagi sambutan kali ini adalah berkaitan pembakaran terbuka memandangkan cuaca panas dan kering yang melanda negara lewat ini. Selain daripada itu, program pada hari ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan pengurusan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) secara mesra alam Aktiviti yang telah diadakan adalah Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste), Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kuiz Kahoot, Pemeriksaan Kesihatan, Pameran dari JAS dan Agensi Swasta. Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kemunculan maskot ECHA yang merupakan maskot bagi kempen pengumpulan E-waste oleh JAS dan maskot RUSNANI yang merujuk kepada kelab kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun dari PPANS telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Melalui aktiviti yang diadakan ini JAS Negeri Sembilan berharap ianya dapat memupuk dan menggalakkan pengetahuan dan penghargaan yang lebih mendalam mengenai alam semulajadi dan alam sekitar. JAS juga berharap ianya dapat memupuk budaya kebersamaan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar agar dapat diwariskan kepada generasi akan datang JAS Negeri Sembilan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program – program sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasn9 #AlamSekitarTanggungjawabBersama

Penganjur
DOE Negeri Sembilan
Fail / Media (4)
  • 20231511172758506.jpg .jpg Buka
  • 20231511172758802.jpg .jpg Buka
  • 20231511172759085.jpg .jpg Buka
  • 20231511172759547.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS