Penerangan
19 Mei 2023 (Jumaat), Satu taklimat larangan pembakaran terbuka kepada agensi diperwakilkan kuasa dibawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa) (Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000 diadakan di Wisma Persekutuan Seberang Perai Utara. Perasmian program disempurnakan oleh Encik Norazizi bin Adinan, pengarah JAS Pulau Pinang. Program ini dihadiri lebihkurang 200 orang yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri, Majlis Bandaraya Seberang Perai, Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).