Oleh Iman · 26/04/2023 · 0 paparan
15 APRIL 2023, IPOH - Bersempena Hari Bumi pada 22 April 2023 akan datang, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak telah menganjurkan Kempen "No Single Use Plastic" bertempat di Bazar Ramadhan Stadium Indera Mulia, Ipoh. Objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dalam penggunaan plastik sekali guna terutamanya ketika membeli makanan berbungkus. Ianya juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari iaitu Tanggungjawab Pengeluaran dan Penggunaan Lestari. Pelbagai aktiviti dijalankan pada kempen kali ini seperti pendaftaran sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS) dan agihan beg kitar semula kepada 100 orang pengunjung bazar ramadhan. Pihak JAS amat berharap kempen ini dapat menggalakkan masyarakat untuk membawa beg kitar semula yang dibawa sendiri ketika membeli makanan di bazar ramadhan dan tempat lain. Semoga inisiatif ini berjaya meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih lestari dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar kerana Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup