Oleh ayuni · 17/04/2023 · 0 paparan
12 April 2023, Bachok – Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan telah menganjurkan program Pencegahan Kebakaran Dan Pengurusan Tanah Gambut Yang Sering Terbakar serta majlis berbuka puasa yang bertempat di Masjid Mukim Beoh, Bachok. Program ini juga diadakan sempena sambutan Hari Bumi 2023 peringkat negeri Kelantan. Antara agensi yang terlibat adalah JMG, JPS, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Selain daripada itu turut terlibat adalah penggawa, penghulu serta penduduk Kampung Beoh, Bachok. Antara pengisian program termasuklah taklimat daripada tuan Pengarah JAS Kelantan berkenaan pencegahan kebakaran tanah gambut, taklimat daripada pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia berkaitan dengan pemadaman api tanah gambut berserta pencegahan dan seterusnya majlis berbuka puasa. Semua pihak dinasihatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kebakaran tanah gambut samada dengan tujuan tertentu atau tidak sengaja.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup