Sambutan Utama JAS / Sekolah Lestari

PROMOSI SEKOLAH LESTARI NEGERI PERAK

Oleh Iman · 13/04/2023 · 0 paparan

12 APRIL 2023, IPOH – <a href="https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Jenis_Kebangsaan_Perempuan_Perak">Promosi <strong>SEKOLAH LESTARI</strong> bersempena menyambut Sambutan Hari Bumi yg jatuh pada tanggal 22 April 2023 telah diadakan pada pagi ini kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Perak. </a> Guru sekolah tersebut, Pn. Tham dan Pn. Yun amat berminat dan menyatakan sokongan terhadap program sekolah lestari yang telah diterangkan oleh Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, En. Muhammad Ridzuan bin Mohd Alias. Sekolah   Lestari   –   Anugerah   Alam   Sekitar   adalah   suatu   usaha   bagi melaksanakan <strong>Dasar Alam Sekitar Negara </strong>yang mana mempunyai lapan (8)   prinsip   dan   tujuh (7)   strategi   hijau.   Strategi   Hijau   pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang  konsep  kesejahteraan  alam  sekitar  dan  pembangunan  lestari, selaras  dengan  prinsip-prinsip  Pembangunan  Mampan. Program  Sekolah  Lestari  –  Anugerah  Alam  Sekitar  adalah  program  yang dicetuskan  semasa  Simposium  Pendidikan  Alam  Sekitar  untuk  Pengetua- Pengetua  Sekolah  Peringkat  Kebangsaan  pada  27-30  Ogos  2001  di  Melaka, yang  dianjurkan  oleh  Jabatan  Alam  Sekitar  (JAS),  Kementerian  Sains, Teknologi  dan  Alam  Sekitar  (MOSTE)  dengan  kerjasama  Maktab  Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu. Program ini mula  dilaksanakan  dan  diterapkan  kepada  sekolah-sekolah    sejak  Tahun 2005. Pembentukan Sekolah Lestari bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada.  Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan dalam kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.

Penganjur
DOE Perak
Fail / Media (7)
  • 20231511172754232.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172754368.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172754434.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172754499.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172754553.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172754623.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172754674.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS