Oleh za · 29/03/2023 · 0 paparan
PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR BERSEMPENA HARI BUMI 2023 DAN GOTONG ROYONG SAMBUT RAMADHAN 1444H ANJURAN PENERUS, AJK MASJID DAN JPKK TANJUNG SABTU MENDAPAT SAMBUTAN KUALA TERENGGANU,17 Mac 2023- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah bekerjasama dalam menjayakan program melestarikan alam sekitar bersempena Hari Bumi 2023 dengan tema: Invest In Our Planet”. Program cetusan idea, anjuran Pertubuhan Pencinta Sungai Nerus (PENERUS), Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut mendapat Kerjasama Syarikat KT Wan Recycle dan NKH Solution dalam membantu program kitar semula minyak masak terpakai dan pengumpulan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) dari isi rumah. Lokasi penganjuran program berlangsung di Balai Raya Kg. Tanjung Sabtu, Manir, Daerah Kuala Terengganu. Selain program kitar semula, aktiviti gotong-royong atau KUDAH iaitu Kutip Sampah Sambil Beriadah turut diadakan. 30 batang pokok spesis tecoma sumbangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu juga turut ditanam sebagai simbolik kerjasama semua pihak dalam melestarikan alam sekitar ini. JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pertubuhan Pencinta Sungai Nerus (PENERUS), Ahli Jawatankuasa Masjid dan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK), Syarikat KT Wan Recycle dan NKH Solution serta Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu juga seluruh warga Kg. Tanjung Sabtu atas kejayaan penganjuran program ini. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup