Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

100 POKOK TEDUHAN BERJAYA DITANAM PADA PROGRAM PENGHIJAUAN BERSAMA MAJLIS DAERAH BESUT SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI “ INVEST IN OUR PLANET”

Oleh za · 28/03/2023 · 0 paparan

100 POKOK TEDUHAN BERJAYA DITANAM PADA PROGRAM PENGHIJAUAN BERSAMA MAJLIS DAERAH BESUT SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI “ INVEST IN OUR PLANET” KUALA TERENGGANU, 6 Mac 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah hadir merasmikan Program Penghijauan, Penanaman Pokok Teduhan bersama Majlis Daerah Besut. Lokasi program berlangsung di Mini Stadium Kg. Raja, Besut, dengan kehadiran mencecah seratus (100) orang dengan jumlah pokok yang berjaya ditanam sebanyak 100 pokok. Hadir sama memeriahkan program ini adalah Setiausaha Majlis Daerah Besut, Encik Abd. Hadi bin Mamat, Ketua Pegawai Hutan Daerah Terengganu Utara, Encik Kadri bin Shari, wakil Pegawai Daerah Besut, wakil Pegawai Pertanian Daerah Besut, Ahli-Ahli Majlis dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Raja Selatan, Rela, warga kerja Majlis Daerah Besut dan komuniti setempat. Antara intipati dalam teks ucapan Pengarah JAS Terengganu, katanya “Program ini juga dianjurkan bersempena Hari Bumi, yang bakal disambut pada 22 April 2023, dengan membawa Tema “ Invest In Our Planet ”, yang memberi mesej kepada kita semua untuk terus berusaha mengekalkan kelestarian alam sekitar untuk diwarisi kepada generasi hari ini dan akan datang. “Beliau juga menyeru kepada semua yang hadir, untuk bersama-sama menjadi ejen perubahan dan memperkasakan komitmen kita sepenuhnya sebagai individu ke arah kelestarian alam sekitar, jadikan amalan hidup lestari dalam gaya hidup seharian kita sebagai pencetus pembudayaan mesra alam di kalangan ahli keluarga serta masyarakat di sekeling kita. Pada akhir ucapan, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ExxonMobil sebagai rakan strategik utama Program Penghijauan Peringkat Negeri Terengganu ini, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut yang bersedia menjadi tuan rumah, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di atas sumbangan 100 pokok spesis hutan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.   #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (5)
  • 20231511172744339.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744417.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744491.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744623.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744757.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS