Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

PROGRAM PENGHIJAUAN "BANDAR RENDAH KARBON" BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN BERSEMPENA ULANG TAHUN PEMASYHURAN KE 21/2023 DAN HARI BUMI "INVEST IN OUR PLANET" .

Oleh za · 28/03/2023 · 0 paparan

PROGRAM PENGHIJAUAN "BANDAR RENDAH KARBON" BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN BERSEMPENA ULANG TAHUN PEMASYHURAN KE 21/2023 DAN HARI BUMI "INVEST IN OUR PLANET" . KUALA TERENGGANU, 6 MAC 2023: Program Penghijauan Negeri Terengganu dengan kerjasama rakan strategik ExxonMobil, CKJ, MS MEGA JAYA, LA21 Kemaman bersama Majlis Perbandaran Kemaman , Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah berjaya dianjurkan pada hari ini. Program tanggungjawab sosial korporat rakan strategik yang telah diadakan di Pantai Teluk Maknik, Kemaman ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Haji Hanafiah Bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Dan Perpaduan Nasional merangkap ADUN Chukai, Kemaman. Hadir sama mengiringi YB adalah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun dan Ketua Penolong Pegawai Daerah, Puan Hanum binti Isa @ Razali. Program ini juga adalah komitmen Majlis Perbandaran Kemaman dalam merealisasikan Kempen 100 juta pokok dan selaras dengan hasrat Majlis untuk menjadikan daerah Kemaman sebuah Bandar Rendah Karbon. Sebanyak 500 pokok berjaya ditanam dengan kehadiran 500 peserta terdiri daripada ahli majlis, warga kerja Majlis Perbandaran Kemaman, agensi kerajaan dan swasta serta komuniti setempat. Program Penanaman Pokok “ Bandar Rendah Karbon” dianjurkan bersempena Ulang Tahun Pemasyhuran Majlis Perbandaran Kemaman ke 21/2023 dan Hari Bumi, yang bakal disambut pada 22 April 2023, dengan membawa tema “ Invest In Our Planet ”, yang memberi mesej kepada kita semua untuk terus berusaha mengekalkan kelestarian alam sekitar untuk diwarisi kepada generasi hari ini dan akan datang. Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dan optimis dengan hasrat dan mesej yang sama, program hari ini sangat berjaya.   #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama      

Penganjur
DOE Terengganu
Fail / Media (5)
  • 20231511172743925.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744003.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744081.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744134.jpg .jpg Buka
  • 20231511172744226.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS