Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Pameran Alam Sekitar dan Pendaftaran Rakan Alam Sekitar di IOI City Mall Putrajaya sempena Hari Bumi
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 26/03/2023
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
WP Putrajaya 18 & 19 Mac 2023 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menerima jemputan daripada pihak Durioo bagi menyertai Program Festival Marhaban Ya Ramadhan di IOI City Mall Putrajaya.
Acara yang berlangsung selama dua hari tersebut telah menerima sambutan yang sangat menggalakan di kalangan orang awam khususnya kanak-kanak. Selain pameran alam sekitar sempena Hari Bumi, JASWPKL turut mengedarkan risalah mengenai kepentingan memelihara alam sekitar, menganjurkan kuiz alam sekitar dan sesi pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar.
JASWPKL berharap dengan penglibatan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.