PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi 2023 Peringkat Negeri Sarawak

JAS SARAWAK 26/03/2023 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Majlis Perasmian Sambutan Hari Bumi 2023 Peringkat Negeri Sarawak
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
26/03/2023
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

11 Mac 2023, Kuching – Sambutan Hari Bumi 2023 Peringkat Negeri Sarawak telah dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Sarawak Energy Berhad (SEB) dengan kerjasama beberapai jabatan kerajaan negeri dan persekutuan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Hj. Hazland Bin Abang Hj. Hipni, Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak bertempat di Dewan Masyarakat, Majllis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Majlis ini juga turut dihadiri ketua dari jabatan/agensi/kerajaan persekutuan dan negeri, syarikat swasta, Ahli Majlis MBKS, Ketua Masyarakat dan kaum, dan peserta dari pusat jagaan Orang Kurang Upaya (OKU) dan NGO. Di antara acara utama majlis adalah penyampaian hadiah kepada para peserta Pertandingan Rekacipta Daripada Bahan Buangan yang telah disertai oleh Pusat Jagaan OKU di bahagian Kuching iaitu Special Needs Society Kuching, Pusat Jagaan Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA), Pusat Jagaan Persatuan Disleksia Sarawak dan Pusat Jagaan Milestone Early Intervention. Turut diadakan sempena sambutan Hari Bumi adalah: 1) Program pengumpulan buangan BEE (11 -12 Mac 2023); 2) Ceramah; 3) Kuiz; dan 4) Pameran. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #haribumi2023 #jassarawak