Sambutan Utama JAS / Sambutan Hari Bumi

PROGRAM SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2023

Oleh nursyadah · 22/03/2023 · 0 paparan

11 Mac 2023, Port Dickson-Bertempat di Dataran Pachitan, Port Dickson telah berlangsung program sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan bersama-sama Rakan Strategik. Program sambutan ini telah disambut meriah dan jayanya dengan penglibatan komuniti, agensi kerajaan, swasta dan pihak NGO dengan tema tahun ini “Invest In Our Planet”. Majlis Pelancaran Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan dengan rasminya telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. YAB Dato' Seri Menteri Besar Negeri Sembilan telah diiringi oleh Puan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Aktiviti-aktiviti menarik bertemakan alam sekitar telah dianjurkan JAS Negeri Sembilan dengan kerjasama Rakan-rakan Strategik sepanjang program sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan. Aktiviti enviro cycling telah menjadi acara pembuka tirai program yang telah berlangsung seawal jam 7.30 pagi. Seramai 80 peserta telah menyertai acara kayuhan ini. Laluan kayuhan melibatkan kawasan sekitar Kg. Pachitan. Acara ini telah berjaya menarik ramai perserta dan anak muda kerana ianya berbentuk santai sambil menghayati keindahan alam semulajadi dan memberi pendedahan kepada peserta membudayakan sikap ke arah mengurangkan pelepasan bahan pencemar ke udara. Turut dianjurkan Pengumpulan dan Pertandingan Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik (e-waste) Terberat dan Pengumpulan dan Pertandingan Minyak Masak Terpakai terberat serta pameran daripada pelbagai agensi. Aktiviti pameran disertai oleh JAS Ngeri Sembilan, SWM Environment, Infinite Refining Resources Sdn Bhd, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta KRT Taman Desa Jati. Aktiviti Kuiz Bertemakan Alam Sekitar juga disediakan kepada para prngunjung bagi memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai pentingnya budaya kitar semula dan bersama-sama menghargai bumi dengan membudayakan semangat pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap alam sekitar. Pertandingan menghasilkan rekacipta daripada bahan kitar semula turut diadakan sebagai pengisian program bagi menggalakkan peserta menggunapakai barangan kitar semula untuk menghasilkan barangan bermanfaat dan boleh digunakan dalam kehidupan harian. Mengimbas kembali petikan ucapan perasmian YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Haji Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan telah menyarankan dan mengajak semua yang hadir terus menyokong program-program bertemakan alam sekitar ini.

Penganjur
DOE Negeri Sembilan
Fail / Media (2)
  • 20231511172733854.jpg .jpg Buka
  • 20231511172733907.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS