PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Program Penghijauan “1RAS 1POKOK” Dan Program Pemulihan Tebing Sungai Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Di Bintulu, Sarawak

JAS SARAWAK 02/12/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Penghijauan “1RAS 1POKOK” Dan Program Pemulihan Tebing Sungai Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Di Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
02/12/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

BINTULU, 30 November 2022 – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu dengan kerjasama rakan strategik industri Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Asset) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah berjaya menganjurkan Program Penghijauan “1RAS 1Pokok” dan Program Pemulihan Tebing Sungai bertempat di Hutan Nirwana, UPM Kampus Bintulu sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun 2022. Selaras dengan seruan kerajaan mengadakan kempen menanam 100 juta pokok dalam tempoh 2021 hingga 2025, objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perubahan iklim dan tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar. Program ini juga merupakan salah satu strategi yang diselaraskan bersama oleh Jabatan Alam Sekitar, Petronas Carigali Sdn Bhd dan UPMKB dalam memberikan kesan positif terhadap komuniti setempat dan ekosistem alam sekitar. Pengisian program tersebut melibatkan aktiviti penanaman sebanyak 200 anak pokok iaitu dari spesies pokok Engkabang (Shorea macrophylla) dan pokok Pelajau (Pentaspadon motley). Selain itu, para peserta juga dibawa dalam aktiviti kembara santai melalui denai sungai dan hutan simpan Nirwana yang merupakan satu-satunya kawasan di Bintulu masih mempunyai spesies tumbuhan endemik Borneo yang dikenali sebagai Sarawakondendron filamentosum. Terima kasih diucapkan kepada 60 orang Rakan Alam Sekitar (RAS) terdiri daripada staff Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), pelajar Bacelor Sains Perhutanan UPMKB, pengurusan dan kakitangan Petronas Carigali Sdn Bhd (Sarawak Asset) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu untuk penyertaan aktif dalam program kesedaran alam sekitar kali ini.