Penerangan
10 November 2022 (Khamis), Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir telah menganjurkan Program Inovasi Rekacipta dari Bahan Kitar Semula bagi Karnival STEM Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah bersempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022. Program ini adalah usahasama Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah, SK Permatang Pasir dan Inari Technology Sdn Bhd. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Puan Sharifah Zakiah bt Syed Sahab, pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang