Penerangan
16 November 2022 (Rabu), Satu persembahan Bicara Berirama diadakan di Universiti Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) Kampus Bertam sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022. Bicara Berirama dengan tajuk ‘E-Waste” ini terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jawi, Nibong Tebal dan sekolah ini telah menjadi Johan pertandingan Bicara Berirama Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh JAS Putrajaya. Pada majlis yang sama juga sebuah sajak telah dipersembahkan oleh Ts. Dr. Mohammad Azhar bin Mohd Noor, Pensyarah Kanan UiTMCPP Kampus Bertam