PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

PERTANDINGAN KARAOKE ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022

DOE Perak 29/11/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERTANDINGAN KARAOKE ALAM SEKITAR SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/11/2022
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

IPOH, 24 Oktober 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Rakan Strategik telah menganjurkan Pertandingan Karaoke Alam Sekitar Peringkat Separuh Akhir sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 di Auditorium Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh. Penglibatan peserta di peringkat separuh akhir ini adalah seramai dua puluh orang dan ada yang datangnya dari luar negeri Perak seperti Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang. Terdahulu peringkat saringan bagi pertandingan Karaoke Alam Sekitar tersebut telah dijalankan pada 22 Oktober 2022 bertempat di pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Ipoh dengan penglibatan seramai 43 peserta daripada 76 yang mendaftar. Program pada hari ini telah menyaksikan 12 orang peserta mara ke peringkat akhir yang akan berlangsung pada 29 Oktober 2022 di AEON Midtown Falim, Ipoh. Orang ramai adalah dijemput hadir ke program tersebut yg akan berlangsung jam 8.00 malam.