Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Dan ‘Beach Cleaning’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Di Bintulu, Sarawak

Oleh charlie · 01/11/2022 · 0 paparan

BINTULU, 28 Oktober 2022 – Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun 2022, JAS Cawangan Bintulu dengan kerjasama Sarawak Petchem Sdn Bhd dan Samsung Engineering (M) Sdn Bhd di bawah projek Sarawak Methanol telah mengadakan Program Denai Sungai Kebangsaan dan ‘Beach Cleaning’ bertempat di Taman Negara Similajau Bintulu, Sarawak. Dengan bertemakan “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, program ini diadakan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping mempromosikan program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan budaya Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) bersama komuniti setempat. Pengisian program tersebut adalah aktiviti gotong-royong pembersihan pantai dimana telah berjaya mengumpulkan kutipan sampah-sarap seberat 300kg yang kebanyakkannya adalah botol minuman plastik dan polystrin bekas makanan. Simbolik perasmian program adalah penyerahan 3 buah mesin rumput kepada pihak Taman Negara Similajau sebagai sumbangan khidmat komuniti supaya penjagaan alam sekitar di kawasan tersebut terus dipelihara. Menariknya, seramai 65 orang peserta telah terlibat menjayakan program kesedaran alam sekitar ini yang terdiri daripada kakitangan JAS Cawangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Sarawak Forestry Corporation (SFC), wakil syarikat Samsung Engineering (M) Sdn Bhd dan Sarawak Petchem Sdn Bhd.

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (12)
  • 20231511172656689.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656783.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656871.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656951.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657041.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657093.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657176.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657230.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657276.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657377.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657463.jpg .jpg Buka
  • 20231511172657546.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS