Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak

Oleh charlie · 01/11/2022 · 0 paparan

29 Oktober 2022, Kuching- Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan pihak Trienekens (Sarawak) Sdn. Bhd. dengan kerjasama SMK Pending dan pelbagai agensi/jabatan kerajaan telah diadakan dengan jayanya di SMK Pending, Kuching. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Hj. Hazland Bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak dan turut dihadiri ketua jabatan/wakil dari jabatan/agensi/kerajaan persekutuan dan negeri, warga pendidik serta para pelajar sekolah. Penganugerahan Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2020/2022 Peringkat Negeri Sarawak menyaksikan pemenang kategori Sekolah Menengah jatuh kepada SMK Pending diikuti SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching, manakala bagi kategori sekolah rendah, penganugerahan jatuh kepada SJKC Tung Hua, Sibu, diikuti SJKC Chung Hua Miri, SJKC Min Daik, Meradong, SJKC Chung Hua Pangkalan Baru, Kuching, SJKC Chung Hien, Sarikei, SJKC Bako, Samarahan dan SK Bakong, Sri Aman. Selain itu, turut diumumkan pemenang anugerah khas bagi 5 kriteria utama SLAAS iaitu Kriteria Pengurusan, Kurikulum, Kokurikulum, Penghijauan dan Elemen Khas. Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara juga, turut diadakan pertandingan melukis alam sekitar, kempen pengumpulan buangan elektrikal dan elektronik (BEE), KUDAH (kutip sampah sambil beriadah), kuiz alam sekitar, ceramah larangan pembakaran terbuka di tanah gambut, pameran bertemakan alam sekitar dan cabutan bertuah.

Penganjur
DOE Sarawak
Fail / Media (21)
  • 20231511172655853.jpg .jpg Buka
  • 20231511172655888.jpg .jpg Buka
  • 20231511172655914.jpg .jpg Buka
  • 20231511172655947.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656017.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656057.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656091.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656133.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656179.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656215.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656255.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656286.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656317.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656345.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656392.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656433.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656478.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656511.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656547.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656583.jpg .jpg Buka
  • 20231511172656630.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS