PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI JOHOR BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI JOHOR

DOE Johor 31/10/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PENGANUGERAHAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) PERINGKAT NEGERI JOHOR BERSEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022 PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

6 Oktober 2022, Johor Bahru - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menganjurkan Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Johor 2022 bertempat di SK Taman Suria, Johor Bahru, Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor, wakil PIBG SK Taman Suria, wakil PRefChem selaku rakan strategik serta sekolah yang telah menerima anugerah program SLAAS sesi 2020/2022. Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar bagi kategori sekolah rendah dianugerahkan kepada: SK Taman Suria, Johor Bahru. SJKC Nam Heng Baru, Pasir Gudang SJKC Chi Chih, Pontian manakala kategori sekolah menengah dianugerahkan kepada: SMK Telok Kerang, Pontian. SMK Pasir Gudang SMK Seri Kota Paloh, Kluang Selepas itu, wakil sekolah yang menerima anugerah juga telah didedahkan tentang program kelestarian yang dilaksanakan di SK Taman Suria. Semoga dengan penganugerahan dan lawatan ini dapat memberikan inspirasi kepada pihak sekolah dalam meningkatkan aktiviti kelestarian dan memupuk budaya kelestarian kepada pelajar.