PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KAWALAN PENCEMARAN UDARA, AIR DAN PENGGUNAAN E-SWIS BAGI PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022

DOE Johor 31/10/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 KAWALAN PENCEMARAN UDARA, AIR DAN PENGGUNAAN E-SWIS BAGI PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

20 OKTOBER 2022, JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (KEJAR) telah mengadakan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Kawalan Pencemaran Udara, Air dan Penggunaan E-Swis bagi Pengurusan Buangan Terjadual sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 pada 18-20 Oktober 2022. Dr Mohd Famey Bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor menyempurnakan perasmian seminar tersebut. Seminar ini melibatkan penyertaan lebih 300 orang peserta daripada pihak industri pelbagai sektor. Seminar ini dianjurkan untuk memberi latihan dan pendedahan berkaitan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada para peserta. Dalam masa yang sama, pameran oleh jabatan dan industri juga turut diadakan. Adalah diharapkan penganjuran seminar ini dapat memberikan input yang berguna kepada para peserta.