Penerangan
25 OKTOBER 2022, PASIR GUDANG – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah dijemput oleh Petron dan Pasir Gudang JV Terminal bagi memberikan ceramah berkaitan E-Waste sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 pada 25 Oktober 2022.
Ceramah ini melibatkan penyertaan daripada staf-staf yang bekerja di Pasir Gudang JV Terminal. Dalam masa yang sama, kempen pengumpulan E-Waste telah dijalankan bersama staf di sana. Adalah diharapkan penganjuran program seumpama dapat dicontohi industri yang lain dan ini dapat diteruskan di masa hadapan.