Oleh charlie · 31/10/2022 · 0 paparan
BELAGA, 8 Oktober 2022 - Program Jelajah Rakan Alam Sekitar (RAS) Di Bawah Program Komuniti Pencegahan & Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Hamzah bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak bertempat di Rumah Aging Long Da’ah, Belaga, Sarawak. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Belaga, Puan Bidah Lujah dan Encik Bilong Akah mewakili Maren Uma Ketua Kaum Kayan Rumah Aging Long Da’ah. Program Jelajah Rakan Alam Sekitar tersebut adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dengan kerjasama JKKK Rumah Aging Long Da’ah dan pelbagai jabatan kerajaan persekutuan serta negeri di Daerah Belaga. Program ini juga telah mendapat kerjasama penuh daripada sektor industri sebagai rakan strategik JAS iaitu Sarawak Energy Berhad, Bakun Hydropower Generation Sdn Bhd dan kilang kelapa sawit Belaga Samling Plantation. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil agensi/jabatan persekutuan dan negeri, serta komuniti rumah-rumah panjang berhampiran yang mana mereka teruja dengan konsep JAS turun padang dengan membawa mesej kepentingan penjagaan alam sekitar sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini. Antara pengisian program tersebut melibatkan majlis perasmian Program Jelajah Rakan Alam Sekitar dan Komuniti Tanah Gambut, pameran dan ceramah daripada pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Cawangan Bintulu, Klinik Kesihatan Belaga, Kilang Kelapa Sawit Belaga dan Sarawak Energy Berhad. Menariknya, seramai lebih kurang 180 orang peserta terdiri daripada ahli RAS, wakil agensi kerajaan, wakil industri dan komuniti setempat telah terlibat dan bersama-sama menjayakan program kesedaran alam sekitar ini.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup