PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Program Penanaman Pokok “1RAS 1POKOK” Dan Kempen Penghijauan Malaysia Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak Di Belaga, Sarawak

JAS SARAWAK 31/10/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Penanaman Pokok “1RAS 1POKOK” Dan Kempen Penghijauan Malaysia Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak Di Belaga, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

BELAGA, 8 Oktober 2022 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan Sarawak Energy Berhad (Bakun HydroPower Generation Sdn Bhd) telah menganjurkan Program Penanaman Pokok “1RAS 1Pokok” dan Kempen Penghijauan Malaysia dengan kerjasama JKKK Rumah Aging Long Da’ah bertempat Rumah Aging Long Da’ah, Belaga, Sarawak. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Hamzah Bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Daerah Belaga, Puan Bidah Lujah dan Encik Bilong Akah mewakili Maren Uma Ketua Kaum Kayan Rumah Aging Long Da’ah. Objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perubahan iklim dan tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara tahun 2022. Pengisian program tersebut melibatkan aktiviti penanaman 80 anak pokok buah-buahan seperti pokok rambutan, longan, manggis dan mangga di sekitar kawasan Rumah Aging Long Da’ah Belaga. Di samping itu, penerangan mengenai program pemantauan kualiti air sungai juga telah diberikan kepada komuniti penduduk rumah panjang yang hadir bersama dalam program tersebut.