PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

Program Penghijauan “1RAS 1POKOK” Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak Di Bintulu, Sarawak

JAS SARAWAK 31/10/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Penghijauan “1RAS 1POKOK” Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara Tahun 2022 Peringkat Negeri Sarawak Di Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/10/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

BINTULU, 27 Oktober 2022 – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bintulu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan rakan strategik industri OCIM Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan Program Penghijauan “1RAS 1Pokok” bertempat di Hutan Nirwana, UPM Kampus Bintulu sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun 2022 peringkat Negeri Sarawak. Selaras dengan hasrat kerajaan mengadakan kempen menanam 100 juta pokok dalam tempoh 2021 hingga 2025, objektif program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perubahan iklim dan tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar. Program ini juga merupakan salah satu strategi yang diselaraskan bersama oleh UPMKB, Jabatan Alam Sekitar dan OCIM Sdn Bhd dalam memberikan kesan positif terhadap komuniti setempat dan ekosistem alam sekitar. Pengisian program tersebut melibatkan aktiviti penanaman sebanyak 150 anak pokok hutan iaitu 3 spesies utama seperti pokok bukit kapur (dryobalanops beccarii), pokok meranti tembaga (shorea leprosula) dan pokok meranti batu (shore dasphylla). Simbolik program adalah penyerahan anak pokok spesis belian (Eusideroxylon zwageri) yang akan ditanam di premis syarikat OCIM Sdn Bhd, Samalaju Industrial Park. Terima kasih diucapkan kepada 80 orang Rakan Alam Sekitar (RAS) terdiri daripada staff Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), pelajar Bacelor Sains Perhutanan Semester 1 UPMKB, kakitangan OCIM Sdn Bhd, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan turut hadir adalah wakil dari Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) untuk penyertaan aktif dalam program kesedaran alam sekitar kali ini.