Oleh za · 29/09/2022 · 0 paparan
Kuala Terengganu, 21 September 2022, – YB Dato’ Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, telah hadir merasmikan majis sambutan Hari Ozon dan Majlis Anugerah Sekolah Lestari Peringkat Negeri Terengganu. Pengarah, Jabatan alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, turut hadir mengiringi YB menjadikan majlis ini bertambah meriah dengan kehadiran 250 orang peserta . Majlis berlangsung di Dewan Cenderawasih, Pejabat Daerah Kuala Nerus. Penganjur utama, Jabatan Alam Sekitar mendapat kerjasama rakan strategik dalam menjayakan program ini, selain pelbagai aktiviti telah disediakan, antarnya sesi ceramah dari Universiti Malaysia Terengganu dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Pameran Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu dan demonstrasi penggunaan mesin Refrigerent Identifier (RI) turut diadakan bagi memberi pendedahan dan perkongsian maklumat kepada semua yang hadir dalam usaha kita memberi kefahaman terhadap pelindungan lapisan ozon. . JAS Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Exco Alam Sekitar, Kerajaan Negeri Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus di atas kerjasama dan komitmen ni. JAS amat yakin, program kesedaran alam sekitar seperti ini dapat memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar terutamanya kepentingan pengekalan lapisan ozon yang kita pinjamkan dari generasi masa depan. <a href="https://www.facebook.com/hashtag/kementerianalamsekitardanair?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZVvUiQBZH6Mx-EeTuG3eGNtF-3qahYiZFeqgMt7pso-tAxPClaLt1UdLjfqJpjj3Jd_6igTsgP1FDpksF_WmC7STBUdeKhuvAfAORVyCzO8-L3o8Ul8yDcS8AIPBa2tAByCCNt2jZH0L2VHd2k4jR7r13BgDjDlkSUltzGiydwzLg&__tn__=*NK-R">#KementerianAlamSekitarDanAir</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jabatanalamsekitar?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZVvUiQBZH6Mx-EeTuG3eGNtF-3qahYiZFeqgMt7pso-tAxPClaLt1UdLjfqJpjj3Jd_6igTsgP1FDpksF_WmC7STBUdeKhuvAfAORVyCzO8-L3o8Ul8yDcS8AIPBa2tAByCCNt2jZH0L2VHd2k4jR7r13BgDjDlkSUltzGiydwzLg&__tn__=*NK-R">#jabatanalamsekitar</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/jasterengganu?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZVvUiQBZH6Mx-EeTuG3eGNtF-3qahYiZFeqgMt7pso-tAxPClaLt1UdLjfqJpjj3Jd_6igTsgP1FDpksF_WmC7STBUdeKhuvAfAORVyCzO8-L3o8Ul8yDcS8AIPBa2tAByCCNt2jZH0L2VHd2k4jR7r13BgDjDlkSUltzGiydwzLg&__tn__=*NK-R">#jasterengganu</a> <a href="https://www.facebook.com/hashtag/alamsekitartanggungjawabbersama?__eep__=6&__cft__%5b0%5d=AZVvUiQBZH6Mx-EeTuG3eGNtF-3qahYiZFeqgMt7pso-tAxPClaLt1UdLjfqJpjj3Jd_6igTsgP1FDpksF_WmC7STBUdeKhuvAfAORVyCzO8-L3o8Ul8yDcS8AIPBa2tAByCCNt2jZH0L2VHd2k4jR7r13BgDjDlkSUltzGiydwzLg&__tn__=*NK-R">#alamsekitartanggungjawabbersama</a>
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup