Oleh charlie · 03/10/2022 · 0 paparan
28 Ogos 2022, Lubok Antu - Majlis Perasmian Program Jelajah Rakan Alam Sekitar Di Bawah Program Komuniti Pencegahan & Pemantauan Kebakaran Tanah Gambut Sempena Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan dengan jayanya di Rh. Edwin, Nanga San, Lubok Antu. Program yang telah diadakan di rumah panjang sepanjang 44 buah pintu tersebut telah disempurnakan oleh YB Dr. Hj. Hazland Bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga Dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak dan turut dihadiri YB Datuk Dr Malcolm Mussen Anak Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan merangkap ADUN N. 34 Batang Ai dan Isteri, Datin Dorothy Sylvester Pungga, Tr. Edwin ak Joel, wakil/ketua jabatan dari jabatan/agensi/kerajaan persekutuan dan negeri, ketua-ketua masyarakat serta para penduduk dari rumah-rumah panjang berhampiran. Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena majlis perasmian berkenaan seperti gotong-royong, pertandingan mewarna, pameran dan ceramah oleh JAS Negeri Sarawak, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Majlis Daerah Lubok Antu dan juga Lembaga Sungai-Sungai Sarawak. Program tersebut merupakan anjuran JAS Negeri Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sri Aman, Pejabat Daerah Lubok Antu, Majlis Daerah Lubok Antu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan JKKK Rh. Edwin, Nanga San. Selamat Hari Ozon Sedunia!!
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup