Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU 1 RAS 1 POKOK SEMPENA PROGRAM PRA PELANCARAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA STESEN JANAKUASA TUANKU MUKHRIZ (SJTM), STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR (SJTJ), COCA-COLA BOTTLERS SDN BHD, JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN SERTA SEKOLAH KEBANGSAAN CHUAH.

Oleh amh · 29/09/2022 · 0 paparan

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU 1 RAS 1 POKOK SEMPENA PROGRAM PRA PELANCARAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA STESEN JANAKUASA TUANKU MUKHRIZ (SJTM), STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR (SJTJ), COCA-COLA BOTTLERS SDN BHD, JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN SERTA SEKOLAH KEBANGSAAN CHUAH. 24 September 2022, Port Dickson – Program Penanaman Pokok Bakau 1 RAS 1 Pokok ini dijalankan di kawasan SJTM yang dihadiri oleh YB Tuan Veerapan A/L Supramaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, dan diiringi oleh Hajah Azuri Azizah Binti Haji Saedon, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, wakil –wakil dari SJTM, SJTJ, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Sekolah Kebangsaan Chuah. Seramai 100 peserta yang terlibat penanaman pokok bakau 1 RAS 1 Pokok yang ditanam di kawasan SJTM. Program ini akan memantapkan pengetahuan peserta melalui penglibatan aktiviti-aktiviti dalam taklimat ekosistem bakau, menanam bakau di kawasan penanaman pokok bakau. Program ini juga turut meyemai rasa menghargai anugerah tuhan yang tidak ternilai untuk semua makluk di bumi. JAS Negeri Sembilan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada wakil-wakil rakan strategic yang terlibat di atas kerjasama dan komitmen ini. JAS amat yakin, program ini dapat memupuk kesedaran tentang penjagaan alam sekitar terutamanya kepentingan pemeliharaan ekosistem bakau dan kerjasama Rakan Alam Sekitar yang juga merupakan komuniti setempat terlibat secara langsung dalam program ini.

Penganjur
DOE Negeri Sembilan
Fail / Media (10)
  • 20231511172642182.jpg .jpg Buka
  • 20231511172642495.jpg .jpg Buka
  • 20231511172642782.jpg .jpg Buka
  • 20231511172643118.jpg .jpg Buka
  • 20231511172643519.jpg .jpg Buka
  • 20231511172643829.jpg .jpg Buka
  • 20231511172644398.jpg .jpg Buka
  • 20231511172644670.jpg .jpg Buka
  • 20231511172644896.jpg .jpg Buka
  • 20231511172645230.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS