Penerangan
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PRA PELANCARAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA (HASN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA STESEN JANAKUASA TUANKU MUKHRIZ (SJTM), STESEN JANAKUASA TUANKU JAAFAR (SJTJ) DAN COCA-COLA BOTTLERS SDN BHD
24 September 2022, Port Dickson- Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama Stesen Janakuasa Tuanku Mukhriz, Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar dan Coca-Cola Bottlers Sdn Bhd telah mengadakan Program Pra Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara HASN.
Seramai 150 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai SJTM, SJTJ, Coca-cola, dan murid-murid dari sekolah Kebangsaan Chuah. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Veerapan A/L Supramaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.
Tema yang diketengahkan setiap tahun sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara yang bertemakan “Alam SekitarTanggungjawab Bersama” ini berpaksikan kepada satu matlamat iaitu untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam kalangan seluruh rakyat khususnya di Negeri Sembilan untuk menjadi rakyat yang bersama-sama memikul tanggung jawab menjaga alam sekitar.
Sambutan HASN menyasarkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak tadika, sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), badan-badan bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat, agensi kerajaan dan swasta, industri dan orang awam dalam program-program yang dianjurkan. Aktiviti yang dijalankan pada program Pra Pelancaran HASN adalah seperti Enviro Cycling dan Penanaman Pokok Bakau di kawasan SJTM.