PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Ozon Sedunia

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU, JOHOR

DOE Johor 29/09/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSEMPENA SAMBUTAN HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI JOHOR DI SK TAMAN SURIA, JOHOR BAHRU, JOHOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
29/09/2022
Organisasi
DOE Johor

Penerangan

12 Ogos 2022, Johor Bahru - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama SK Taman Suria, Johor Bahru telah mengadakan program pendidikan & kesedaran yang melibatkan penyertaan para pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Objektif program ini adalah bagi mendedahkan para pelajar dan guru-guru berkaitan kepentingan penjagaan lapisan ozon dan berkaitan Protokol Montreal khususnya dan alam sekitar umumnya. Di antara program yang dijalankan adalah ceramah berkaitan kepentingan menjaga lapisan ozon daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Pameran, demostrasi penggunaan peralatan Refrigerant Identifier (RI) dan HC/CO, Program upcycling botol minuman serta pengumpulan E waste dengan berat 341 kg bersama para pelajar sekolah tersebut. Melalui pelaksanaan program ini, para pelajar dan guru diharap akan lebih cakna mengenai kepentingan menjaga lapisan ozon selain bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kelestarian alam sekitar.