Penerangan
HIKING MERDEKA
PASIR PUTEH, 27 Ogos 2022 - Program hiking(mendaki) bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) yang diadakan pada 27 Ogos 2022 bermula jam 7.30 pagi di Lata 7, Gaal, Pasir Puteh, Kelantan bagi Peringkat Parlimen Pasir Puteh.
Lebih 200 peserta dari pelbagai lapisan usia menyertai program pendakian ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail turut sama menyertai pendakian tersebut dari awal hingga ke akhir program.
Hadir sama adalah ADUN Gaal, YB Mohd Rodzi bin Ja'afar, Yang Dipertua Pasir Puteh, YBrs En. Ahmad Adlee bin Yasin dan wakil dari Jabatan Perhutanan.
Program ini melibatkan kerjasama beberapa agensi lain iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh, Pejabat Perhutanan Negeri Kelantan, Balai Polis Daerah Pasir Puteh, Balai Polis Bukit Yong dan Anggota Pertahanan Awam Malaysia Pasir Puteh.
Setiap peserta yang berdaftar menerima baju t'shirt dari urusetia program.
Pelbagai aktiviti lain turut berlangsung sepanjang program pendakian dilaksanakan iaitu ceramah alam sekitar, penanaman pokok, gotong royong denai sungai dan balingan mudball.
Disamping itu, pendaftaran ahli RAS turut diadakan di lokasi program.
#jabatanalamsekitar
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jaskelate_2022
#rakanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama