Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

PENILAIAN LAPANGAN DI PREMIS SARUNG TANGAN GETAH DI KAMUNTING

Oleh norza · 01/09/2022 · 0 paparan

11 Ogos 2022, KAMUNTING - Sebuah premis sarung tangan getah yang terletak di Kawasan Perindustrian Kamunting telah menjalani sesi penilaian di lapangan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Barisan panel juri yang terdiri daripada YBrs Haji Rosli Bin Zul selaku Pengarah JAS Perak, wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta wakil MARGMA telah menjalankan sesi penilaian lapangan di sebuah premis tersebut. Penilaian di lapangan adalah perlu bagi memenuhi keperluan-keperluan premis yang menyertai Program Kilang Sarung Tangan Getah Lestari - Anugerah Alam Sekitar yang dianjurkan sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak, Tahun 2022. Program tersebut melibatkan 7 premis yang mendapat markah tertinggi dalam Penilaian Dokumentasi yang telah diadakan pada 27 hingga 28 Jun 2022 yang lalu. Kriteria penilaian termasuklah pematuhan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, OSHA 1994, fasiliti sistem kawalan pencemaran udara, sistem pengolahan efluen perindustrian, pengurusan buangan terjadual, persekitaran kerja selamat dan kondusif, lanskap, implimentasi teknologi dan budaya mesra alam, penjimatan & kecekapan tenaga, CSR dan program konservasi alam. Program Kilang Sarung Tangan Getah  Lestari - Anugerah Alam Sekitar merupakan salah satu program utama sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak Tahun 2022.

Penganjur
DOE Perak
Fail / Media (10)
  • 20231511172627670.jpg .jpg Buka
  • 20231511172627714.jpg .jpg Buka
  • 20231511172627752.jpg .jpg Buka
  • 20231511172627811.jpg .jpg Buka
  • 20231511172627855.jpg .jpg Buka
  • 20231511172627915.jpg .jpg Buka
  • 20231511172627962.jpg .jpg Buka
  • 20231511172628010.jpg .jpg Buka
  • 20231511172628061.jpg .jpg Buka
  • 20231511172628129.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS