PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Negara

PERTANDINGAN ENVIRO CHALLENGE RAKAN ALAM SEKITAR JAS PERAK 2022 KATEGORI PELAJAR SEKOLAH RENDAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 01/09/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERTANDINGAN ENVIRO CHALLENGE RAKAN ALAM SEKITAR JAS PERAK 2022 KATEGORI PELAJAR SEKOLAH RENDAH SEMPENA HARI ALAM SEKITAR NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
01/09/2022
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

IPOH, 6 Ogos 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan Pertandingan Enviro Challenge Rakan Alam Sekitar JAS Perak 2022 Kategori Pelajar Sekolah Rendah Sempena Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Perak bertempat di Taman Rekreasi Dr Seenivasagam, Ipoh pada hari ini. Majlis perasmian penutup dan 'flag off' telah disempurnakan oleh YBrs Haji Rosli Bin Zul, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak. Seramai 80 orang pelajar sekolah rendah dan guru pengiring dari seluruh Perak telah menyertai pertandingan tersebut. Program Envirochallenge yang berkonsepkan 'explorace' ini memerlukan peserta melaksanakan tugasan di 'checkpoint' yang dipilih di sekitar Taman Rekreasi Dr Seenivasagam, Ipoh. Pengumpulan e-waste dan pencarian ahli baru Rakan Alam Sekitar telah dijadikan pra syarat pertandingan dan juga merupakan sebahagian daripada tugasan yang ditetapkan dalam pertandingan ini. Antara sekolah yang menjadi Juara pertandingan adalah SRITI An Najah Gopeng membawa pulang wang tunai berjumlah RM800, piala pusingan, medal dan hamper. Naib Juara pula SK Ayer Hitam Labu mendapat RM500, medal dan hamper, tempat Ketiga adalah Sekolah Rendah Imtiyaz mendapat wang tunai RM300,  medal dan hamper serta tempat Keempat pula ialah SK Methodist ACS Sitiawan memenangi wang tunai berjumlah RM200, medal dan hamper. Objektif program Envirochallenge adalah untuk mendedahkan peserta kepada alat-alat pengukuran teknikal pengawasan alam sekitar dan menguji peserta dengan kekuatan fizikal dan minda bagi memupuk kerjasama dalam satu kumpulan. Envirochallenge telah dijalankan dengan kerjasama Kerajan Negeri Perak dan Rakan Strategik, Edsha Solution Sdn Bhd.