Oleh amh · 29/08/2022 · 0 paparan
PERASMIAN KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR SEMPENA HARI OZON SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2022 DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN DAN PERSATUAN KESUSASTERAAN INDIA DAN KEBAJIKAN NEGERI SEMBILAN 16 Ogos 2022, Negeri Sembilan - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah mengadakan Kem Kesedaran Alam Sekitar Sempena Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 bertempat di Kem Pusako, Batu Kikir. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tuan Veerappan A/L Supramaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan. Kem Kesedaran Alam Sekitar Sempena Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 merupakan satu program mempromosikan gaya hidup lestari dalam aspek penjagaan alam sekitar kepada pelajar-pelajar khususnya melalui kegiatan sihat. Program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada semua pihak bagi memainkan peranan masing-masing dalam usaha melindungi lapisan ozon dengan mengambil bahagian dalam aktiviti kesedaran.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup