Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM GOTONG ROYONG: JOM BERSIH BUKIT BINTANG 18 - KITA PRIHATIN Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 05/08/2022
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
23 Julai 2022 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah menyertai Program Gotong Royong: Jom Bersih Bukit Bintang Kuala Lumpur dengan memfokuskan Kempen Pengumpulan E-waste.
Program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur bersama Timbalan Pengarah JASWPKL serta wakil-wakil agensi sahabat yang lain. Sebanyak 40 buah organisasi turut terlibat yang terdiri daripada agensi kerjaaan, NGO dan sekolah-sekolah yang berdekatan.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh JASWPKL semasa program ini ialah sesi Pengumpulan e-waste, ceramah mengenai kaedah pengurusan e-waste dan pendaftaran ahli baru Rakan Alam Sekitar.
JASWPKL berharap kempen ini dapat meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya di Kuala Lumpur mengenai pengurusan e-waste yang sempurna.