Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGLIBATAN JAS WPKL DALAM PERSIDANGAN KESELAMATAN, KESIHATAN DAN PERSEKITARAN PEKERJAAN 2022 ANJURAN MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 05/08/2022
- Organisasi
- DOE WP Kuala Lumpur
Penerangan
Kuala Lumpur, 7 Julai 2022 – JAS WPKL telah memenuhi jemputan dari pihak MRT Corp untuk menyampaikan ceramah bertajuk Matlamat Pembangunan Lestari 2030 Sempena Hari Bumi 2022 - Invest in Our Planet di Persidangan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan 2022 yang telah diadakan di Pusat Latihan KVMRT, Sungai Buloh.
Persidangan ini merupakan salah satu usaha pihak MRT Corp dalam menjaga alam sekitar sejajar dengan pembangunan ekonomi dan meningkatkan pengetahuan warga kerja projek mengenai pelan Matlamat Pembangunan Kelestarian (SDG).
Ceramah telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Ts. Dr. Hj Mohammad Ezanni Bin Mat Salleh yang telah memfokuskan peranan dan fungsi Jabatan dalam aktiviti kelestarian alam sekitar yang memerlukan sokongan, penglibatan dan kerjasama dari semua pihak berkaitan.