PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Seminar Pematuhan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 Tahun 2022 Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak

JAS SARAWAK 04/08/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Seminar Pematuhan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 Tahun 2022 Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/07/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

21 Julai 2022, Kuching- Seminar Pematuhan Kilang Kelapa Sawit (KKS) Terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 Tahun 2022 Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan dengan jayanya pada hari ini di Hotel Imperial, Kuching.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha En. Hamzah Bin Hj. Mohamad, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh para pengurus dan wakil-wakil kilang kelapa sawit dari seluruh negeri Sarawak.

Seminar tersebut merupakan anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak dan pihak Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak (KESSAR).

Di antara pengisian seminar adalah ceramah melibatkan para penceramah dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sarawak, Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Alam Sekitar Malaysia (ASMA).

Pameran berkaitan teknologi kawalan pencemaran alam sekitar serta berkaitan kilang kelapa sawit juga telah diadakan melibatkan pihak-pihak swasta.

Selain itu turut diumumkan para Pemenang bagi Anugerah Lestari Kilang Kelapa Sawit (KKS) 2021 Peringkat Negeri Sarawak kepada empat (4) premis yang dinilai mengikut kawasan seliaan pejabat JAS di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri iaitu:

•Kilang Sawit Ladang Raja Udang; •Suajaya Palm Oil Mill; •DD Palm Oil Mill; dan •Alambumi Palm Oil Mill

Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 200 dari kalangan pemain industri kilang kelapa sawit dan penyertaan 10 syarikat swasta menyertai booth pameran berkaitan industri sawit.