Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- Program Penghijauan ‘1ras 1pokok’ Dan Service Learning Malaysia University For Society (Sulam) Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Di Samalaju, Sarawak
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 30/07/2022
- Organisasi
- DOE Sarawak
Penerangan
SAMALAJU, 15 Julai 2022 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Bintulu dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan rakan strategik industri Pertama Ferroalloys Sdn Bhd telah mengadakan satu program penghijauan ‘1 RAS 1 Pokok’ dan 'Service Learning Malaysia University for Society (SULAM)' sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai perubahan iklim dan kepentingan kawasan litupan hijau disamping menghargai alam sekitar untuk terus dipelihara.
Program ini telah dijadikan 'signature event' kepada sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat Negeri Sarawak dan dirasmikan oleh Encik Hamzah Bin Haji Mohamad, Pengarah JAS Negeri Sarawak. Pengisian program tersebut adalah melibatkn aktiviti penanaman 83 anak pokok dari dua spesies iaitu Eugenia Oleina dan Tecoma Tree (Sakura Malaysia) yang ditanam bertempat di kawasan premis Pertama Ferroalloys Sdn Bhd, Samalaju.
Program ini juga berjaya menggabungkan kaedah pembelajaran di kuliah dan pelaksanaan khidmat komuniti oleh para pelajar universiti di bawah program SULAM. Menariknya, seramai 73 orang peserta terdiri daripada ahli RAS, kakitangan JAS Negeri Sarawak dan Cawangan Bintulu, pelajar IPTA dan pekerja industri telah terlibat dan bersama-sama menjayakan program kesedaran alam sekitar ini.