PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Dan ‘Beach Cleaning’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Di Bintulu, Sarawak

JAS SARAWAK 04/08/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Dan ‘Beach Cleaning’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Tahun 2022 Di Bintulu, Sarawak
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/07/2022
Organisasi
DOE Sarawak

Penerangan

25 Julai 2022, BINTULU – Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia tahun 2022, JAS Cawangan Bintulu dengan kerjasama Sarawak Petchem Sdn Bhd dan Samsung Engineering Sdn Bhd di bawah projek Sarawak Methanol telah melaksanakan Program Denai Sungai Kebangsaan dan ‘Beach Cleaning’ bertempat di pantai Kampung Nelayan Batu Mandi di Bintulu, Sarawak.

Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar disamping mempromosikan program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan budaya Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH) bersama komuniti setempat. Pengisian program tersebut adalah aktiviti gotong-royong pembersihan pantai dimana telah berjaya mengumpulkan kutipan sampah-sarap seberat 150kg yang kebanyakkannya adalah botol minuman plastik dan polystrin bekas makanan.

Seramai 60 orang peserta telah terlibat menjayakan program kesedaran alam sekitar ini yang terdiri daripada kakitangan JAS Cawangan Bintulu, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Cawangan Bintulu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Cawangan Bintulu, Sarawak Forestry Corporation (SFC), wakil syarikat Samsung Engineering Sdn Bhd dan Sarawak Petchem Sdn Bhd serta penduduk Kampung Nelayan Batu Mandi Bintulu.