Penerangan
IPOH, 25 Jun 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak melalui kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh dan AEON Mall Ipoh Klebang telah menjalankan program kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik di perkarangan AEON Mall tersebut pada hari ini.
Kempen yang dijalankan bermula dari 10 pagi hingga 4 petang itu telah mendapat sambutan yang memberansangkan daripada penduduk berhampiran. Kempen ini dijangka akan diteruskan pada Sabtu dan Ahad terakhir setiap bulan di lokasi yang sama.
Terdahulu pada 18 dan 19 Jun 2022 lepas, kempen pengumpulan buangan elektrik & elektronik (e-waste) turut diadakan di lima lokasi di Ipoh secara serentak. Lima lokasi tersebut adalah Kawasan Rukun Tetangga Bercham, Dewan Orang Ramai Jelapang, Dewan Komuniti Pasir Pinji, Tapak Pasar Malam Rapat Setia dan Rukun Tetangga Padang Lintau Manjoi.
Usaha murni ini turut mendapat sokongan penuh dari Rakan Srategik Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, Edsha Solutions Sdn Bhd.