PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Sambutan Utama JAS / Hari Alam Sekitar Sedunia / World Environment Day (WED)

SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN MAJLIS SERAHAN LESEN KKS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK

DOE Perak 28/07/2022 1 hits

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMATUHAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 DAN MAJLIS SERAHAN LESEN KKS SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2022 PERINGKAT NEGERI PERAK
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
28/07/2022
Organisasi
DOE Perak

Penerangan

CAMERON HIGHLAND, 30 Jun 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Alam Sekitar Negeri Perak telah menganjurkan Seminar Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Majlis Serahan Lesen Kilang Kelapa Sawit sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di Cameron Highland. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Encik Mohd Akmal Bin Kamarudin, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak. Seramai 160 orang peserta terdiri daripada wakil premis kilang kelapa sawit, perunding alam sekitar dan orang yang berwibawa (OYB) telah menghadiri seminar tersebut. Sebagai pengisian program, 2 kertas pembentangan telah disampaikan oleh Encik Harmanisham Bin Ishak dan Encik Jamali Bin Abd Majid dari Jabatan Alam Sekitar Perak dan Bacaan Ikrar Alam Sekitar oleh wakil Industri serta 3 penceramah jemputan bagi mengisi slot perkongsian teknologi. Selain itu, seminar ini juga turut menyediakan 'booth' pameran yang disertai oleh 5 syarikat perunding. Seminar ini dijalankan bertujuan untuk memyampaikan maklumat memberi pemahaman dan pendedahan kepada peserta mengenai pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan sebagai platform perbincangan dan perkongsian pengetahuan, pengalaman serta kepakaran dalam teknologi berkaitan pengurusan buangan terjadual, sistem kawalan pencemaran udara dan sistem pengolahan efluen kilang kelapa sawit.