Penerangan
18 Jun 2022 - Yan, Kedah
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan Program Kesedaran Komuniti Terhadap Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022.
YB. Dr. Robert Ling Kui Ee, Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina & Siam Negeri Kedah telah hadir menyempurnakan perasmian program tersebut di Komuniti Nelayan, Sungai Udang, Yan Kedah.
Sebagai menghargai sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, majlis penyampaian sijil telah dilakukan secara santai oleh YB Dr. Robert Ling Kui Ee, Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina & Siam Negeri Kedah.