Sambutan Utama JAS / Hari Air Sedunia (HAS)

PROGRAM KESEDARAN KOMUNITI TERHADAP PENCEGAHAN PEMBAKARAN TERBUKA SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2022

Oleh faiiz · 01/07/2022 · 0 paparan

18 Jun 2022 - Yan, Kedah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah telah mengadakan Program Kesedaran Komuniti Terhadap Pencegahan Pembakaran Terbuka Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2022. YB. Dr. Robert Ling Kui Ee, Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina & Siam Negeri Kedah telah hadir menyempurnakan perasmian program tersebut di Komuniti Nelayan, Sungai Udang, Yan Kedah. Turut hadir YBrs. Encik Norazizi bin Adinan (Pengarah JAS Negeri Kedah), Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Pegawai Hutan Daerah Kedah Tengah, wakil Rakan Strategik iaitu Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd serta Rakan Alam Sekitar (RAS) daripada Komuniti Nelayan Sungai Udang Yan, Sekolah Menengah Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani serta Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim. Program ini merupakan salah satu daripada usaha-usaha menangani aktiviti pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan pencemaran udara terutamanya isu jerebu. Turut diselitkan dengan aktiviti penanaman pokok bakau dan juga kutip sampah sambil beriadah (KUDAH). Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Kesedaran Komuniti ini. Program ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan kerjasama semua pihak.

Penganjur
DOE Kedah
Fail / Media (5)
  • 20231511172606017.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172606055.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172606089.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172606162.jpeg .jpeg Buka
  • 20231511172606201.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS